TABUNG YAMAN


1. Hari Ahad lepas, 27/08/2023 kita dikejutkan dengan kebakaran terbesar di kem Al-Jufaina, Maarib, Yaman yang telah meninggalkan kesan kemusnahan besar dan kerosakan tempat perlindungan serta seluruh harta keluarga pelarian di sana.
2. Seramai 39 keluarga, khemah mereka mengalami kerosakan sepenuhnya dan 5 keluarga dengan kerosakan separuh di mana 12 keluarga daripadanya adalah dari kalangan warga Somalia dan Ethiopia.
3. Ribuan keluarga terpaksa tinggal di perkhemahan perlindungan kecemasan dengan keadaan khemah yang sangat usang, diperbuat tin, kayu tumbuhan dan jaring besi.
4. Mengikut dapatan terkini, bantuan yang mereka perlukan berupa Kotak Makanan, Tilam, Selimut, Bantal, Baldi, Khemah dan Tong Simpanan air 500L serta kos pembangunan semula komuniti Yaman. Setiap item bantuan ini tidak diletakkan harga spesifik.