Akaun amanpalestintawau.onpay.my telah dibekukan. Segala kesulitan yang dialami adalah amat dikesali.

BANTUAN KECEMASAN GAZA

BANTUAN KECEMASAN GAZA

GAZA DISERANG LAGI!!!

Kronologi Serangan Israel Terhadap Gaza

Ketegangan bermula selepas tentera rejim Israel menahan salah seorang pemimpin gerakan Jihad Islam, Bassam Al-Saadi, di Tebing Barat beberapa hari sebelum serangan.


Pada 5hb Ogos 2022 jam 4:00 petang waktu Palestin (permulaan serangan Israel ke atas Gaza), pesawat perang rejim Israel melancarkan beberapa serangan udara di kawasan berbeza di Semenanjung Gaza. Sorotan mengenai serangan pertama Israel di Gaza sekitar jam 4:00 petang. Pesawat perang rejim Israel membunuh seorang pemimpin tertinggi Saraya Al-Quds, Tayseer Al-Jabari. Pendudukan Israel menyasarkan beberapa kawasan di Beit Lahya, Khanyounis, dan Shujaiya.


Pada 5hb Ogos 2022 jam 5:20 petang, Kementerian Kesihatan di Gaza melaporkan bahawa 4 orang mati syahid termasuk seorang kanak-kanak perempuan berusia 5 tahun dalam serbuan rejim Israel. Kemudian, Bilangan syahid telah meningkat kepada 8 orang, termasuk seorang gadis dan 44 yang lain telah cedera. Rejim Israel juga menyasarkan rumah Farajallah di kem Jabalia di utara Semenanjung Gaza pada sebelah malam di hari yang sama.


Pada penghujung hari pertama serangan Israel (5hb Ogos), menurut Kementerian Kesihatan. "Jumlah rakyat Gaza yang mati syahid akibat serangan Israel yang berterusan ke atas Gaza telah meningkat kepada 10 orang, termasuk seorang kanak-kanak perempuan berusia 5 tahun, manakala jumlah yang cedera meningkat kepada 55 orang."


Kesan-kesan kehancuran kediaman rakyat Palestin setelah diserang oleh pesawat tempur Israel


Pada 6 Ogos 2022, hari kedua serangan Israel, pesawat perang rejim Israel memusnahkan rumah keluarga Shamlakh di selatan Semenanjung Gaza. Rejim Israel menyasarkan beberapa rumah di Semenanjung Gaza. Sekitar jam 1:30 petang di hari kedua serangan, pesawat pejuang penjajah Israel telah memusnahkan rumah Khalifa, berhampiran Hotel Al-Amal, di barat Kota Gaza.


Menurut Kementerian Kesihatan di Gaza: Jumlah mati syahid akibat pencerobohan rejim Israel telah meningkat kepada 13, termasuk seorang gadis, dan 90 rakyat cedera.


Pada waktu malam, 9 syuhada dan lebih 20 cedera dalam tembakan Israel di bandar Jabalia di utara Semenanjung Gaza. Pada jam 10:08 malam, pesawat perang rejim Israel menyasarkan rumah ketua Gerakan Jihad Islam, Ahmed Al Mudallal, di Rafah. Rejim Israel membunuh ketua Briged Al-Quds, Khaled Mansor, dalam serangan udara di bandar Rafah.


Kementerian Kesihatan di Gaza dalam kemas kini terkini: Jumlah syahid Palestin dalam serangan Israel di Semenanjung Gaza telah meningkat kepada 32 orang, termasuk 6 kanak-kanak, dan yang cedera telah mencecah 215 orang.


Ayuh bangkit bersama membantu saudara kita yang dihimpit kesusahan! Jadikan ini sebagai perjuangan kita dalam menegakkan keadilan & hak kemanusiaan!



PALESTIN akan terbebas dengan usaha kita atau tanpa kita?

AMAN PALESTIN akan terus berusaha hingga terbebasnya Palestin dari cengkaman Zionis.  

==============================================

BANGKIT BERSAMA MEMBANTU SAUDARA-SAUDARA YANG MEMERLUKAN DI BUMI BAROKAH.

Untuk maklumat lanjut, hubungi kami di talian:

019 589 8363 : Cik Juma

089 704 544 : Pejabat AP Tawau