Akaun amanpalestintawau.onpay.my telah dibekukan. Segala kesulitan yang dialami adalah amat dikesali.

RAMADAN BERSAMA (SYAM, YAMAN & NUSANTARA)

















REJAB DIRINDUI, RAMADAN DINANTI

===========================================================================================

Kini Rejab telah tiba, Sya'ban pula bakal menyusul menunggu giliran, sebelum kita bertemu sekali lagi dengan bulan Ramadan yang dirindui pada tahun ini.


Ramadan adalah bulan keberkatan yang hanya diberikan kepada para hamba pilihan Allah Ta’ala. Tidak semua orang mampu mendapatkan kesempatan tersebut dengan baik. Kerana itu, di antara kebiasaan para salaf adalah senantiasa berdoa memohon kepada Allah agar disampaikan kepada bulan Ramadan serta diberikan kekuatan untuk memaksimakan ibadah di dalamnya. Bahkan, sebahagian daripada mereka ada yang berdoa enam bulan sebelum kedatangan bulan tersebut.


Mu’alla bin Al-Fadhl, salah seorang ulama tabiu’ tabiin berkata, “Dulu para sahabat, selama enam bulan sebelum datang Ramadan, mereka berdoa agar Allah mempertemukan mereka dengan bulan Ramadan. Kemudian, selama enam bulan sesudah Ramadan, mereka berdoa agar Allah menerima amal mereka selama bulan Ramadan.” (Lathaif Al-Ma’arif, hlm. 264)


Ayuh kita bersungguh-sungguh bersedia menerima kehadiran Rajab dan menunggu kedatangan Ramadan dengan amal ibadah. Antaranya adalah dengan berpuasa sunat, bersedekah, membaca al Quran, berzikir, solat sunat dll.


أَفْضَلُ الصَّلَاةِ، بَعْدَ الصَّلَاةِ الْمَكْتُوبَةِ، الصَّلَاةُ فِي جَوْفِ اللَّيْلِ، وَأَفْضَلُ الصِّيَامِ بَعْدَ شَهْرِ رَمَضَانَ، صِيَامُ شَهْرِ اللهِ الْمُحَرَّمِ


Maksudnya: “Sebaik-baik solat selepas daripada solat fardhu adalah solat malam dan sebaik-baik puasa selepas daripada Ramadhan adalah puasa pada  bulan Allah al-Muharram”. [Riwayat Muslim (1163)]
+

...........................................................................................................................................


SEMARAKKAN REJAB KITA AGAR KITA LEBIH BERSEDIA MENYAMBUT RAMADAN

SEBARANG PERTANYAAN ATAU MAKLUMAT LANJUT BOLEH MENGHUBUNGI

019 589 8363 : CIK JUMA