FIDYAH

Apakah itu FIDYAH?
Fidyah ialah denda ke atas seseorang Islam yang telah baligh kerana melakukan sesuatu perkara yang melibatkan pelanggaran terhadap hukum puasa, haji dan yang berkaitan. Jika ia melibatkan hukum mengenai ibadah puasa, fidyah dikenakan kerana meninggalkan puasa wajib atas sebab-sebab tertentu atau pun sengaja melewatkan puasa ganti (qada) bulan Ramadan. |
Hukum Membayar Fidyah
أَيَّامًا مَعْدُودَاتٍ ۚ فَمَنْ كَانَ مِنْكُمْ مَرِيضًا أَوْ عَلَىٰ سَفَرٍ فَعِدَّةٌ مِنْ أَيَّامٍ أُخَرَ ۚ وَعَلَى الَّذِينَ يُطِيقُونَهُ فِدْيَةٌ طَعَامُ مِسْكِينٍ فَمَنْ تَطَوَّعَ خَيْرًا فَهُوَ خَيْرٌ لَهُ ۚ وَأَنْ تَصُومُوا خَيْرٌ لَكُمْ ۖ إِنْ كُنْتُمْ تَعْلَمُونَ – ١٨٤ Maksudnya: (Puasa yang diwajibkan itu ialah beberapa hari yang tertentu; maka sesiapa di antara kamu yang sakit, atau dalam musafir, (bolehlah ia berbuka), kemudian wajiblah ia berpuasa sebanyak (hari yang dibuka) itu pada hari-hari yang lain; dan wajib atas orang-orang yang tidak terdaya berpuasa (kerana tua dan sebagainya) membayar fidyah iaitu memberi makan orang miskin. Maka sesiapa yang dengan sukarela memberikan (bayaran fidyah) lebih dari yang ditentukan itu, maka itu adalah suatu kebaikan baginya; dan (walaupun demikian) berpuasa itu lebih baik bagi kamu daripada memberi fidyah), kalau kamu mengetahui. (Surah Al-Baqarah, Ayat 184) Berdasarkan ayat al-Quran ini amat jelas bagi setiap umat Islam yang telah meninggalkan puasa Ramadan dengan sebab sengaja ataupun tidak hendaklah menggantikan puasanya. Namun, bagi mereka yang tidak sempat menggantikan puasa tersebut, mereka wajib membayar fidyah. |
Golongan Yang Wajib Membayar Fidyah
1. Uzur Menunaikan Puasa Wajib Terdiri daripada golongan yang menghidapi sakit kuat dan tidak mempunyai harapan untuk sembuh, atau golongan tua yang tidak mampu berpuasa atau kedua-duanya sekali. 2. Perempuan Hamil Dengan syarat dibimbangi akan keselamatan ke atas bayi yang dikandungnya seperti dikhuatiri berlaku keguguran. Golongan ini dikenakan membayar fidyah dan juga menggantikan (qada’) puasa yang ditinggalkan. 3. Ibu Yang Menyusukan Anak Dengan syarat ibu yang merasa bimbang akan memudharatkan bayi yang disusuinya seperti kurang air susu atau menjejaskan kesihatan bayinya itu. Maka baginya menggantikan puasa yang ditinggalkan serta membayar fidyah. 4. Orang Yang Telah Meninggal Dunia Hutang puasa bagi mereka yang telah meninggal dunia hendaklah disempurnakan bayaran fidyahnya oleh waris-warisnya mengikut bilangan hari yang ditinggalkan sebelum pembahagian pusaka dibuat. 5. Musafir & Pesakit Yang Tidak Mengqadhakan Puasa Pada Tahun Ia Ditinggalkan Musafir dan Pesakit yang tidak mengqadhakan puasa pada tahun ia ditinggalkan wajib mengqadhakan puasanya dan membayar fidyah mengikut bilangan hari yang ditinggalkan. 6. Melambatkan Ganti Puasa (Qada’) Mereka yang melambatkan ganti puasanya hingga telah melangkah tahun yang berikutnya (bulan Ramadhan), dikenakan denda membayar fidyah dan juga wajib menggantikan (qada’) puasa yang ditinggalkan. Bayaran fidyah akan berganda mengikut jumlah tahun-tahun yang ditinggalkan. |
Taksiran Kiraan Fidyah
(Hari yang ditinggalkan) X (Tahun gandaan) X (1 Cupak) = FIDYAH Contoh: Jika seseorang meninggalkan puasa selama 3 hari dan tidak menggantikan puasanya sehingga 3 kali bulan Ramadhan, maka kadar fidyahnya ialah: RM 4.00 (1 cupak) X 3 hari X 3 tahun = RM 36.00 |
FIDYAH DISALURKAN MELALUI PROGRAM BREAD FOR LOVE




Alhamdulillah, Aman Palestin meneruskan pengagihan roti kepada keluarga miskin di seluruh Semenanjung Gaza dalam projek Bread for Love ( Sumbangan Fidyah).
Proses pengedaran roti masih berterusan dan akan berlangsung selama 20 hari. 30000 bungkusan roti telah diagihkan kepada 3000 keluarga miskin di seluruh Semenanjung Gaza dalam tempoh 10 hari yang lalu. Agihan setiap keluarga adalah 10 pek untuk 10 hari.
Penduduk Semenanjung Gaza telah mengalami krisis yang teruk, keadaan hidup yang buruk, dan keadaan ekonomi yang teruk akibat kemiskinan, pengangguran, dan kepungan.
Kebanyakan mereka tidak dapat menyediakan keluarga mereka dengan keperluan asas dan makanan. oleh itu, Aman Palestin berusaha untuk meringankan beban penduduk Gaza dengan mengagihkan 5 Juta roti kepada keluarga miskin di seluruh Semenanjung Gaza.